JANTUNG HATI

 

Hello prety readerss ??
miss me??
korang ta yah jawab lah .. 
kofem lah ta kan ..
so , how are you today readerss??
everything fine??

hey korang ..
best ta bila dapat kuat dating dengan bf/bf korang ..??
sumpah jelez bila tengok orang tengah dating ..
haa .. hari nie Mimie nak bagitahu tips untuk kekal bercinta ..
kalau korang ikut betol-betol..
mybe benda ney akan jadi kot..
tapi ..
nie terpulang dekat korang jugak tau ..

TIPS UNTUK KEKAL BERCINTA

1 . Jaga penampilan diri anda .. kerana semua orang sukakan kekamasan & kecantikan , persepsi pertama adalah sangat penting & jangan tonjolkan keburukkan anda pada awal pertemuan .

2 . Ikhlas dalam memulakan perhubungan , jangan malu untuk jadi diri kamu sendiri , bukannya berlakon dan berlagak untuk jadi diri orang lain yang akhirnya akan menjerat diri anda sendiri . 

3 . Ketika berinteraksi dengan si dia , jangan lupa menggunakan bahasa tubuh seperti gerakan tangan ,  renungan mata dan tunjukkan minat ketika dia sedang bercakap .

4 . Sentiasa berfikiran positif , datang untuk bertemu si dia dengan penilaian yang kosong dan tidak ceruiga , dengan berfikiran positif korang lebih mudah menerima seseorang .

5 . Elakkan mengguna perkataan berunsur negatif seperti (saya tidak suka).Lebih baik korang mencerita tentang kesukaan masing-masing . Gunakan ayat positif seperti (saya suka) . 

6 . Pada pertemuan pertama , jangan fokus berbualan anda tentang masalah korang , sibuk bekerja dan sebagainya . Si dia bukan datang untuk bersedeh , maka gembirakanlah si dia . 

7 . Jangan kedekut dengan kata pujian korang pada si dia , berilan pujian seikhlas hati korang tapi jangan berlebihan pulak . Korang boleh memuji warna bajunya , rambut , kasut atau sebagainya .

8 . Tunjukkan yang korang mengambil berat terhadap pasangan korang , tolong dalam perkara-perkara kecil seperti mengangkat beg , membuka pintu untuk si dia . Ini menunjukkan korang sangat prihatikan pada pasangan korang .

9 . Jangan bersikap sombong , sebaliknya jangan abaikan unsur humor . Ini memberi tanda bahawa korang boleh didekati dan bersikap terbuka untuk menerima hubungan baru .

10 . Jika kekasih korang melakukan kesalahan , beri dia peluang untuk beri keterangan . Mungkin dia ada alasan yang kukuh atas perbuatannya . Jangan sampai korang yang malu sendiri .

11 . Apabila korang melakukan kesalahan , jangan malu untuk mengakuinya . Ringan mulut untuk mengucapkan perkataan maaf . Tunjukkan keikhlasan korang dan jangan sesekali mengulangi lagi .

12 . Cari waktu yang sesuai untuk membincangkan masalah . Persekitan atau iklan komunikasi yang baik , dapat mempengaruhi perbincangan dan kaedah penyelesaian masalah .

13 . Ketika sedang membincangkan suatu masalah , jangan gunakan bahasa tersurat . Lebih baik berterus terang supaya korang faham akan perkara yang hendak korang sampaikan .

14 . Jngan terlalu menunjukkan yang korang ini sangat baik & sempurna . Dengar dahulu penjelasan pasangan korang , walaupun dia bersalah & lebih baik bersikap merendah diri . 

15 . Ketika membincangkan sesuatu masalah , tumpukan kepada masalah , persoalan dan jalan penyelesaian , bukan dengan menyalahkan atau menunding jari kepada sesiapapun

16 . Jangan sesekali membandingkan pasangan korang dengan orang lain , terutama bekas kekasih korang atau kawan baik korang sendiri , seolah-ola korang lebih mementingkan mereka daripada pasangan korang sendiri .

17 . Semua orang mempunyai sifat ego . Hormati sifat ego pasangan korang dan jangan merendahkan sifat ego pasangan korang didepan orang ramai . Jika dia sedang marah , lebih baik korang berdiam diri .

18 . Gunakan daya pujukan yang tinggi semasa menangani pasangan korang yang sedang merajuk . Gunakan kata-kata dan janji-janji manis .  Tetapi ingat !! jangan menabur janji .

19 . Setiap masalah harus diselesaikan , bukannya ditinggal dengan alsan (lupakan je la). Suatu hari nanti , masalah itu akan berbangkit dan membawa masalah baru yang lain . 

20 . Biarkan semua kenangan pahit itu berlalu kerana disebalik itu pasti tersembunyi hikmahnya . Bersyukur atas pujian ini menjadikan kita lebih tabah dalam kehidupan . 

21 . Gunakan ganti nama yang mesra korang & diri sendiri . Panggil dia dengan nama yang lain daripada orang lain gunakan . Ini memberi keistimewaan kepadanya . 

22 . Pasangan korang juga mempunyai rakan-rakan . Oleh sebab itu , saling mempercayai dalam hubungan amat penting dan jangan terlalu mengongkong dalam kehidupan sosialnya . 

23 . Ajaklah pasangan korang melakukan aktiviti rekriasi bersama-sama seperyi berkelah , bermain bowling , jogging dan sebagainya . Aktiviti seperti ini dapat mengeratkan lagi hubungan korang dengan pasangan korang .

24 . Dekati hobi pasangan anda , dan cuba untuk melibatkan diri korang dalam hobi tersebut . Ini akan mengeratkan hubingan korang kerana ada mempunyai aktiviti yang dapat dilakukan bersama-sama .

No comments:

Post a Comment