JANTUNG HATI

Kelebihan Hidup Single


Ramai yang beranggapan bahawa orang yang single itu hidupnya tidak berseri .. Sebenarnya tanggapan korang itu salah .. Sebenarnya banyak kelebihan kalau korang hidup single ney ..  

Kalau korang nak tahu ape kelebihan hidup single .. jom kita terjah kelebihan hidup single ini ..

KEWANGAN

Dari segi kewangan , sudah pasti kehidupan single adalah lebih menjimatkan .. Ini kerana korang hanya perlu memperuntukkan wang hanya untuk diri sendiri korang sahaja .. Apabila korang memilih untuk berpasangan , pasti lebih banyak wang yang perlu dibelanjakan .

KAWAN

Apabila korang single , korang sebenarnya bebas untuk berkawan dengan sesiapa sahaja . Ini kerana tiada mana-mana perasaan lain yang akan cemburu sekiranya korang berkawan terutama apabila berlainan jantina . Ia pasti akan berbeza sekiranya korang sudah mempunyai pasangan masing-masing . Semestinya pergaulan korang agak terbatas .

BEBAS UNTUK MELAKUKAN APA SAJA 

Pasti di dalam kehidupan banyak perkara yang korang ingin lakukan . Untuk memudak korang melakukan apa sahaja yang korang mahu , memilih kehiduan single adalah lebih baik . Ia kerana anda tidak perlu untuk menjaga perasaan pasangan dan hanya fokus untuk lakukan apa yang korang inginkan ..

TIDAK BANYAK MASALAH

Menjaga dua hati yang berlainan pasti akan lebih sukar berbanding menjaga satu hati . Pasti akan wujud pelbagai masalah yang akan menrunsingkan korang . Dengan memilih kehidpan yang single , sudah pastimasalah akan berkurangan kerana korang hanya perlu memikirkan mengenai diri korang sahaja ..

KURANG TANGGUNGJAWAB

Apabila korang sudah ada pasangan , pasti tanggungjawab korang juga semakin bertambah . Tanggungjawab adalah lebih berat sekiranya korang adalah seorang lelaki , yang wajib melindungi pasangan korang , dari segi soal keselamatan mahupun keselesaan kehidupan mereka .

BEBAS DARI BUNYI MISS CALL DAN SMS BERKALI-KALI

Hari-hari berSMS atau berbual dengan orang yang sama memang membosankan . Lgi bosan kalau asyik ditanya soalan yang sama seperti 'buat apa' , 'kat mane' , 'dengan sape' .. Mau pengsan rasanya . Kalau hidup single korang tak perlu lalui semua yang menjengkelkan ini .

 

No comments:

Post a Comment