JANTUNG HATI

BERCINTA ni best ke ?? !

Cinta ??!! Emmm .. bunyi macam best je .. rasa nak cuba juga tapi sorry la , perkataan tu tak ada dalam kamus belajar sebenar-benarnya .. benda ini menyebabkan cikgu mengatasi sindrom yang ada dekat pelajar-pelajar zaman sekarang terutamanya pelajar sekolah menengah .. best sangat ke bercinta nie ?? kalau tak tahu try lah .. alaa .. tak payah try , cuba tengok pelajar yang bercinta . Kalau budak lelaki ,poket sentiasa kosong , apa taknya .. bila bercinta nak dating .. bila dating paling tidak seminggu sekali , dah tu belanja makan lagi dan sebagainya . Bagi perempuan pulak , sikit-sikit rasa semalam la . iyelaa .. bimbang pakwe nak tacle orang lain atau orang lain nak tacle dia . Takut tu .. takut nie .. mana yang syoknya bercinta pada waktu sekolah menyebabkan pelajaran terganggu .. memang la bukan semua orang yang bercinta itu bodoh tapi bila hadapi masalah cinta kebijaksanaan mereka secara automatiknya tak dapat membantu . Terus terang saya katakan walaupun orang tu bijak , tetapi seandainya menghadapi masalah cinta .. wajahnya seperti orang bodoh .. tak bermaya .. frustlah konon .. !! Bukan nak larang korang bercinta tapi berpada-padalah .. jangan sampai cikgu dapat tahu sudahlah .. bila cikgu larang korang kata alaaa .. cikgu pun dulu-dulu macam itu jugak .. yelah , basuh baju pun tak bersih !! ada hati nak jadi mak orang .. duit pun tarak , ada hati nak jadi bapak orang .. !! Fikir sendirilah kawan-kawan .. mungkin sesetengah orang berpendapat dengan bercinta dia rasa bersemangat untuk belajar .. jangan nanti bila result dah  keluar , mereka dah takdir aku gagal , nak buat macam mana !! inilah perangai remaja zaman sekarang !!

Saya Sayang Awak , Tapi ...

 
saya masih ingat hari tu
kita sama-sama tak suka
bila bercakap tak mahu pandang
bila pandang tak mahu senyum
saya tak tau kenapa
saya rasa awak pun macam tu
 
saya harap saya tak jumpa awak lagi
awak pun  harap tak jumpa saya lagi
tapi takdir menemukan kita
dalam terpaksa kita bersua
 
satu soalan , satu jawapan
satu teguran , satu anggukan
satu arahan , satu turutan
satu jelingan , satu rengusan
 
tapi saya tak tahu kenapa
semakin hari benci itu semakin hilang
semakin hari mata kita semakin bertentang
semakin hari hati semakin rindu
semakin hari awak juga merasakan apa yang saya rasakan
 
benar kata orang
tak kenal maka tak cinta
benci-benci lama-lama jatuh sayang
tapi keegoaan kita bertentangan
awak tak mahu mula
saya pun tak mahu mula
kenapa?
saya , awak ... sama-sama tak tahu
tapi hati kita menyatakan
cinta itu tak perlu diluah
bila dua jiwa jadi satu
benarkah ??
 
saya ingat lagi hari itu
awak cakap awak sayang dia
saya dengar je .. dalam hati saya kecewa
awak cakap dia insan teristimewa
saya dengar je ... dalam hati saya menangis
 
saya ingat lagi hari itu
awak cakap dia benci awak
saya dengar je .. dalam hati saya,
oh .. kesiannya awak
awak cakap awak mahu lupakan dia
saya dengar je ... dalam hati saya tersenyum
 
esoknya ,
saya nampak awak bagi dia bunga
saya tengok je ... dalam hati saya terluka
esoknya ,
saya nampak awak belanja dia Mcd
saya tengok je ... dalam hati saya teringat
tadi awak cakap tade duit
esoknya ,
awak tak tegur saya
awak banyak senyum sorang-sorang
saya lalu depan awak enam kali
tapi awak tak pandang
saya putus asa
esoknya ,
awak SMS saya , saya cakap saya mengantuk
awak paksa saya temankan awak
dalam hati saya .. saya gembira
esonya ,
awak belanja saya makan
awak bawak saya jalan-jalan
dalam hati saya ... saya happy
esoknya ,
dan esoknya ... kita baik macam dulu
dalam hati saya .. saya bersyukur
 
hari tu awak gurau kasar dengan saya
saya merajuk tapi awak tak pujuk
saya tunggu awak pujuk walaupun saya tahu awak tak akan pujuk
haru tu saya datang dekat awak
awak buat bodoh je
hari tu saya datang dekat awak
awak gelak-gelak dalam telefon
hari tu saya lalu belakang awak
saya dengar awak cakap 'I LOVE YOU'
tapi bukan pada saya
hari tu saya terpandang awak
saya nampak awak senyum pada gambar awek comel
hari tu saya berdiri depan awak
saya nak cakap saya sayang awak
saya takut saya tak sempat nak ucap
tapi awak buat-buat tak nampak saya
saya hampa
saya ketuk kepala saya
kenapa saya masih mahu awak
sedangkan awak banyak sakitkan hati saya
 
semalam awak datang pada saya
saya diam je .. saya tak mahu layan
semalam awak SMS saya
saya diam je .. saya tak mahu balas
semalam awak call saya
saya diam je .. saya tak mahu jawab
semalam awak cari saya
saya diam je .. dalam hati saya rindu awak
semalam awak senyum pada saya
saya diam je .. dalam hati saya terharu
semalam awak cakap awak sayang saya
saya diam je .. dalam hati saya pun sayang awak
semalam dan semalam awak baik pada saya
semalam dan semalam awak tak gelak dalam telefon lagi
semalam dan semalam awak tak senyum pada gambar awek comel lagi
semalam dan semalam kita baik macam dulu
 
saya ingat lagi
kita terpaksa berpisah
saya terpaksa pergi
awak sedih sangat
saya tahu awak baik tapi awak sangat ego
saya tahu awak sayang saya tapi awak tak mahu tunjuk
saya tahu awak banyak buat saya sakit hati tapi saya tak dendam
saya tahu saya tak mampu menjadi yang terbaik tapi saya sentiasa cuba
saya tahu awak tak mungkin lupa kenangan kita tapi awak akan...
 
hari ini saya pergi
awak tarik tangan saya
awak cakap jangan tinggal awak
awak cakap awak sayang saya sanga-sangat
awak tak tahu yang saya sayang awak lebih dari awak sayang saya
awak mahu saya janji takkan lupa awak sampai bila-bila
awak tak tahu saya tak pernah lupakan awak di tiap kali saya bernafas
hari ini awak SMS saya
awak cakap awak sunyi saya tak ada
awak tak tahu saya tak makan bila awak tak ada
hari ini awak call saya
awak cakap awak sepi tak dengar suara saya
awak tak tahu saya tak tidur bila awak tak ketawa
kita sembang sampai pagi
hari ini awak diam
saya pun diam
saya cari awak
awak buat-buat tak tahu
tak apa .. mungkin awak sibuk
hari ini awak diam lagi
saya cari awak
awak buat-buat tak reti
tak apa .. mungkin awak sibuk lagi
hari ini , hari itu , dan seterusnya
awak terus diam
saya putus asa
 
minggu depan saya buang nombor telefon awak
minggu depan pulak saya buang gambar awak
minggu lagi satu saya buang semua kenangan awak
saya yakin awak dah lupa saya
tapi saya tak pernah benci awak
saya mahu awak bahagia dengan hidup awak tanpa saya
saya sedar siapa diri saya
saya sedar saya bukan siapa-siapa
 
kalau awak sedar semua ini
saya cuma nak awak tahu
saya sayang awak , tapi...
saya tak tahu jawapannya
saya rasa awak lain dari yang lain
saya rasa awak benci saya tapi saya tak peduli
saya rasa awak rasa saya gila , bodoh , sial
tapi saya rasa awak sangat sempurna
saya tahu saya tak ada apa untuk awak
saya cuma  nak awak tahu
awak saja yang mampu buat saya tersenyum
awak saja yang mampu buat saya ketawa
awak saja yang mampu buat saya menangis
awak saja yang mampu buat saya marah
awak saja yang mampu buat saya benci
awak saja yang mampu buat saya jadi saya
apa saja awak buat pada saya adalah hidup baru saya
terima kasih awak
semoga awak bahagia..
 
 
 

Kelebihan Hidup Single


Ramai yang beranggapan bahawa orang yang single itu hidupnya tidak berseri .. Sebenarnya tanggapan korang itu salah .. Sebenarnya banyak kelebihan kalau korang hidup single ney ..  

Kalau korang nak tahu ape kelebihan hidup single .. jom kita terjah kelebihan hidup single ini ..

KEWANGAN

Dari segi kewangan , sudah pasti kehidupan single adalah lebih menjimatkan .. Ini kerana korang hanya perlu memperuntukkan wang hanya untuk diri sendiri korang sahaja .. Apabila korang memilih untuk berpasangan , pasti lebih banyak wang yang perlu dibelanjakan .

KAWAN

Apabila korang single , korang sebenarnya bebas untuk berkawan dengan sesiapa sahaja . Ini kerana tiada mana-mana perasaan lain yang akan cemburu sekiranya korang berkawan terutama apabila berlainan jantina . Ia pasti akan berbeza sekiranya korang sudah mempunyai pasangan masing-masing . Semestinya pergaulan korang agak terbatas .

BEBAS UNTUK MELAKUKAN APA SAJA 

Pasti di dalam kehidupan banyak perkara yang korang ingin lakukan . Untuk memudak korang melakukan apa sahaja yang korang mahu , memilih kehiduan single adalah lebih baik . Ia kerana anda tidak perlu untuk menjaga perasaan pasangan dan hanya fokus untuk lakukan apa yang korang inginkan ..

TIDAK BANYAK MASALAH

Menjaga dua hati yang berlainan pasti akan lebih sukar berbanding menjaga satu hati . Pasti akan wujud pelbagai masalah yang akan menrunsingkan korang . Dengan memilih kehidpan yang single , sudah pastimasalah akan berkurangan kerana korang hanya perlu memikirkan mengenai diri korang sahaja ..

KURANG TANGGUNGJAWAB

Apabila korang sudah ada pasangan , pasti tanggungjawab korang juga semakin bertambah . Tanggungjawab adalah lebih berat sekiranya korang adalah seorang lelaki , yang wajib melindungi pasangan korang , dari segi soal keselamatan mahupun keselesaan kehidupan mereka .

BEBAS DARI BUNYI MISS CALL DAN SMS BERKALI-KALI

Hari-hari berSMS atau berbual dengan orang yang sama memang membosankan . Lgi bosan kalau asyik ditanya soalan yang sama seperti 'buat apa' , 'kat mane' , 'dengan sape' .. Mau pengsan rasanya . Kalau hidup single korang tak perlu lalui semua yang menjengkelkan ini .

 

TIPS JADI LELAKI MACHO !!

                                         Photobucket

1 . Jangan sesekali buat lawak @#$% .. aku memang pantang betol orang buat lawak @#$%bajet kelakar , tpi aku nak senyum paksa pom rasa cam nak mati .. kalo ko toh ta kelakar .. tak payah lah pepandai buat lawak .. ko cite macam biasa lagi bagus la ..


2 . Jangan suka meleser2 macam kucing siam . merimaskan okeyh .. eh tapi ta tau pulak kalo adaperempuan yg suke lelaki meleser2 ney .. kalau aku , campakkan je .. 


3 . Tolong lah macho sket .. first time keluar sila lah pecahkan duit tabung .. belanje lah pompuan tu .. kalau makan .. silalah bayar dan seterusnya .. melainkan ko memang sebulat hati niat keluar dgn pompuan ni ko anggap dia macam akak ko .. macam makcik ko .. keluar sama-sama tade hati dan perasaan .. kes macam tu takpe la .. masing-masing bayar sendiri ..


4 . Jangan lah berperangai macam budak-budak .. ta macho ok?? kalo ko ta bijak sekali pun .. ko buat-buat lah bijak sket .. jangan tunjuk ko tu bodoh sangat .. topik tu biarlah yg best sket .. jangan la first time keluar ..tetiba ko cite 'u nak tau ta .. ex yg paling i sayang .. blaa blaa blaa' .. pegi mampos la dgn ex ko .. ko cite kat aku buat ape ..


5 . First time keluat tu .. ko pandai-pandai la pegi ambek awek tu .. takkan first time keluar ko nak cakap 'eh , malam nie kite date .. pakai kereta u ye? i tunggu u ambek i tau ' .. kau nak mampos ke ape cakap kat awek macam tu .. kalau aku jadi awek tu kan .. mesty aku cakap .. ko tunggu lagi 3 tahun , baru aku datang ambek ko .. boleh blah !!


6 . Jangan nak jiwang karat sangat .. belom ape-ape dah surprise bagi bunga bagaii .. gelii okeyh .. tunggu la ko dah komfem awek tu macam leh mati kalo ko tade lam idop dia .. time tu ko boleh la nak bagi bunga pun .. nak bagi duit hantaran sekali pun tape ..


7 . Ramai perempuan suka lelaki yg jenis susah nak dapat .. kirenya nie bukan lelaki murahan lah ..hehe .. ko suke kat awek nie sebenarnya .. tapi ko jangan tunjuk sangat yang ko suke awek tu .. ko biarkan awek tu meleleh2 air liur sebab nak kan cinta ko .. tapi kalo ta ensem .. mungkin ko ta leyh guna lah tips nie .. ehehehe ..


8 . Jadi lelaki ta semestinya ko kaya .. tapi kalau ko kaya lagi bagus kan .. dah la kaya .. ensem pulak tu .. sapa yg ta nak kan?? tapi jangan pulak jadi jantan pemalas .. dah lah buruk .. haha .. berdaya usaha sket lah .. supaya perempuan rasa secure untuk berdamping dengan ko .. ta malu nak bawak jumpa mak bapak .. 'ni kawan dgn anak pompuan saya .. awak ni keje apa??' .. pastu ko jawab .. ' oh saya ta keje makcik .. saya menganggur .. siang saya ngangkangtengok tv kat umah .. malam saya keluar pegi lepak dengan kawan-kawan' ............ agak2nya .. mak kepada awek ko nak buat ape kat ko?? memang ko kena halau dari umah dia la kann ...


9 . Jangan sesekali pinjam duit awek .. ta macho ok .. ko pegi la ..jual sayur ke .. jual ikan ke .. ni bukan apa .. sok-sok ko dah kawin .. ko dah tau lerr tanggungjawab ko tu ape kan .. 


10 . Jadilah lelaki yg confident sket .. so awek tu ta malu nak introduce ko kat kekawan or family dia ..


11 . Ada perempuan suke surprise .. tapi kalau hari-hari ko nak surprise .. macam ko nie bajet romantik ke giler babeng .. bek ta yah lah .. jemu okeyh .. kan ta pasal-pasal awek ko buang je dalam tong sampah ..


12 . Dressing tu biar la best sket .. ikut la awek ko suke pakai camana pun .. lain pompuan lain taste nye .. ada pompuan mungkin suka jer kalo boipren dia tiap-tiap hari makan kat gerai pun suh pakai coat .. tu aku ta tau la kan .. hihihi ..


13 . Jdilah diri sendiri .. ta yah la ko nak tiru brad pitt ke .. brad pitt dah tentu ensem kan .. dan tentu-tentu ko buat plastic surgery 20 kali pun .. ko ta kan dapat jadi macam dia .. so terima je seadanya ..


14 . Pembersih .. jangan la jadi jantan pengotor .. aku geli okeh !! stok jalan pimpin-pimpin tangan , pastu selamber badak meludah .. aku ludah ko balik kang bawu ko tahu ..


15 .  Jadi lelaki , tolong jangan 'angkat tangan' kat pompuan .. angkat tangan macam nak 'bersumpah' tu ok lah .. ni angkat tangan suk hati nak lempang2 anak orang .. ko ingat skit ye .. ko sape nak lempang2 anak orang?? orang tu ada mak bapak .. kalau tade pun .. hormat la skir kaum yang lemah .. kalau takk ..'i c u in court babeh !!'


16 . Hormat kaum keluarga awek korang .. family dia bagus ke ta bagus ke .. tapi kene hormat jugak .. yang perempuan pun kene hormat jugak family lelaki .. baru lah hidup aman dan damai ..


17 . Jangan jadi lelaki selfish .. semua harap awek jer .. ko kan bakat jadi pemimpin/ketua keluarga .. so , ko kene la lebih berkarisma .. lebuh bertanggungjawab .. boleh diharap dalam segala segi dan aspek .


18 . Jangan hati pasangan korang .. macam ko anggan dia nie binatang peliharaan pulak kan ..perempouan hati dia lembut tau .. camane dia rawk or garang sekali pun .. dia nak dibelai gak .. communication sangat penting .. semua kene bawak berbincang ,, kalo ko nie jenis jantan yg ta suke berbincang ,, ko boleh la berkawan/berdating/berkawin dengan pokok .


19 . Jdilah boipren yang disukai orang sekeliling .. disenangi kawab-kawan awek korang .. eh tapi kan .. jangan jadi lelaki yang konon-kononnye peramah sangat .. sampaikan dengan kwan-kwan girlfriend ko pun ko nak gelak tepuk tampar ..pehal??

Tips Hilang Jerawat !!

                           
Photobucket
  
Oit korang ..
sehat ke?? sekarng cuti sekolah kan??
amacam??best ta dapat cuti ney??
mesti la best kan .. boleh la kuar dating-2 dengan gf/bf korang kan ..
haa .. korang tahu ke apa yang Mimie nak kongsi dengan korang ney ???
cube teke .. kalau boleh jawab ..
Mimie bagi 10 sen ..
hehe ..
hari nie Mimie nak bagitau camana nak hilangkan jerawat ..
kalau tade jerawat .. 
mesti nampak lebih cantik kan muka uh ..
hehe ..
tips nie Mimi nak tujukan kepada orang yang berminat jep ..
yang ta berminat uh.. sila bela dari sini ..
tips nie khas untuk yang ingin menjaga kehalusan dan kecantikan muka jep ..
tapi malas nak beli-2 produk yang memang kadang-2 tidak memuaskan ..
ta salah kan kalau kita cube cara tradisional kan ..
yang sememangnya mudah siot kan ..
ada banyak cara ..
korang boleh la pilih yang mane-2 korang berminat nak cuba ..

lalalallalala .. cayok - 2 !!


PETUA 1 : Ambil sepotong ubi kayu . Kupas kulitnya . Buang kulitnya . Pastukan bersihkan dan parutkan . Sapukan air perahan pada muka korang yang ada bekas jerawat . Lakukan setiap hati selama seminggu . Insya-Allah .. kesannya amat memuaskan ..

PETUA 2 : Tumbuk beberapa batang kulit kayu manis untuk dijadikan serbuk . Campurkan dengan sedikit air . Pastukan pada bekas jerawat di muka korang toh . Amalkan selama seminggu .

PETUA 3 : Ambil 10 helai daun sireh muda . Bersihkan dan tumbuk sehingga lumat . Muka hendaklah dibersihkan dengan air suam dan sapukan sireh pada muka korang terutama di bahagian bekas jerawat . Biarkan kira-kira setengah jam atau sehingga kering . Cuci muka sehingga bersih dan lapkan biar kering . Amalkan 3 kali seminggu .

PETUA 4 : Selain daripada ulam yang enak dan berkhasiat , pegaga juga boleh digunakan untuk menghilangkan tanda hitam parut jerawat di muka korang . Caranya ialah dengan mengisar daun pegaga dengan bedak sejuk dan air secukupnya . Pupukkan adunan tersebut di tempat tanda hitam parut jerawat di muka korang dan lakukan setiap hari atau setiap malam sebelum korang tidur . Campurkan kisaran pegaga dan bedak sejuk tersebut boleh disimpan di dalam peti sejuk dengan memasukkannya ke dalam botol yang kering .


PETUA 5 : Asahkan lulit kayu manis dan dicampurkan dengan madu lebah . Tempelkan pada muka korang yang berparut pada setiap malam . Esoknya , cucilah dengan air suam .

PETUA 6 : Kisar timun dan tapis airnya . Tampalkan hampas timun pada wajah yang berparut . Biarkan setengah jam . Kemudian cuci dengan air suam .
 

Hello prety readerss ??
miss me??
korang ta yah jawab lah .. 
kofem lah ta kan ..
so , how are you today readerss??
everything fine??

hey korang ..
best ta bila dapat kuat dating dengan bf/bf korang ..??
sumpah jelez bila tengok orang tengah dating ..
haa .. hari nie Mimie nak bagitahu tips untuk kekal bercinta ..
kalau korang ikut betol-betol..
mybe benda ney akan jadi kot..
tapi ..
nie terpulang dekat korang jugak tau ..

TIPS UNTUK KEKAL BERCINTA

1 . Jaga penampilan diri anda .. kerana semua orang sukakan kekamasan & kecantikan , persepsi pertama adalah sangat penting & jangan tonjolkan keburukkan anda pada awal pertemuan .

2 . Ikhlas dalam memulakan perhubungan , jangan malu untuk jadi diri kamu sendiri , bukannya berlakon dan berlagak untuk jadi diri orang lain yang akhirnya akan menjerat diri anda sendiri . 

3 . Ketika berinteraksi dengan si dia , jangan lupa menggunakan bahasa tubuh seperti gerakan tangan ,  renungan mata dan tunjukkan minat ketika dia sedang bercakap .

4 . Sentiasa berfikiran positif , datang untuk bertemu si dia dengan penilaian yang kosong dan tidak ceruiga , dengan berfikiran positif korang lebih mudah menerima seseorang .

5 . Elakkan mengguna perkataan berunsur negatif seperti (saya tidak suka).Lebih baik korang mencerita tentang kesukaan masing-masing . Gunakan ayat positif seperti (saya suka) . 

6 . Pada pertemuan pertama , jangan fokus berbualan anda tentang masalah korang , sibuk bekerja dan sebagainya . Si dia bukan datang untuk bersedeh , maka gembirakanlah si dia . 

7 . Jangan kedekut dengan kata pujian korang pada si dia , berilan pujian seikhlas hati korang tapi jangan berlebihan pulak . Korang boleh memuji warna bajunya , rambut , kasut atau sebagainya .

8 . Tunjukkan yang korang mengambil berat terhadap pasangan korang , tolong dalam perkara-perkara kecil seperti mengangkat beg , membuka pintu untuk si dia . Ini menunjukkan korang sangat prihatikan pada pasangan korang .

9 . Jangan bersikap sombong , sebaliknya jangan abaikan unsur humor . Ini memberi tanda bahawa korang boleh didekati dan bersikap terbuka untuk menerima hubungan baru .

10 . Jika kekasih korang melakukan kesalahan , beri dia peluang untuk beri keterangan . Mungkin dia ada alasan yang kukuh atas perbuatannya . Jangan sampai korang yang malu sendiri .

11 . Apabila korang melakukan kesalahan , jangan malu untuk mengakuinya . Ringan mulut untuk mengucapkan perkataan maaf . Tunjukkan keikhlasan korang dan jangan sesekali mengulangi lagi .

12 . Cari waktu yang sesuai untuk membincangkan masalah . Persekitan atau iklan komunikasi yang baik , dapat mempengaruhi perbincangan dan kaedah penyelesaian masalah .

13 . Ketika sedang membincangkan suatu masalah , jangan gunakan bahasa tersurat . Lebih baik berterus terang supaya korang faham akan perkara yang hendak korang sampaikan .

14 . Jngan terlalu menunjukkan yang korang ini sangat baik & sempurna . Dengar dahulu penjelasan pasangan korang , walaupun dia bersalah & lebih baik bersikap merendah diri . 

15 . Ketika membincangkan sesuatu masalah , tumpukan kepada masalah , persoalan dan jalan penyelesaian , bukan dengan menyalahkan atau menunding jari kepada sesiapapun

16 . Jangan sesekali membandingkan pasangan korang dengan orang lain , terutama bekas kekasih korang atau kawan baik korang sendiri , seolah-ola korang lebih mementingkan mereka daripada pasangan korang sendiri .

17 . Semua orang mempunyai sifat ego . Hormati sifat ego pasangan korang dan jangan merendahkan sifat ego pasangan korang didepan orang ramai . Jika dia sedang marah , lebih baik korang berdiam diri .

18 . Gunakan daya pujukan yang tinggi semasa menangani pasangan korang yang sedang merajuk . Gunakan kata-kata dan janji-janji manis .  Tetapi ingat !! jangan menabur janji .

19 . Setiap masalah harus diselesaikan , bukannya ditinggal dengan alsan (lupakan je la). Suatu hari nanti , masalah itu akan berbangkit dan membawa masalah baru yang lain . 

20 . Biarkan semua kenangan pahit itu berlalu kerana disebalik itu pasti tersembunyi hikmahnya . Bersyukur atas pujian ini menjadikan kita lebih tabah dalam kehidupan . 

21 . Gunakan ganti nama yang mesra korang & diri sendiri . Panggil dia dengan nama yang lain daripada orang lain gunakan . Ini memberi keistimewaan kepadanya . 

22 . Pasangan korang juga mempunyai rakan-rakan . Oleh sebab itu , saling mempercayai dalam hubungan amat penting dan jangan terlalu mengongkong dalam kehidupan sosialnya . 

23 . Ajaklah pasangan korang melakukan aktiviti rekriasi bersama-sama seperyi berkelah , bermain bowling , jogging dan sebagainya . Aktiviti seperti ini dapat mengeratkan lagi hubungan korang dengan pasangan korang .

24 . Dekati hobi pasangan anda , dan cuba untuk melibatkan diri korang dalam hobi tersebut . Ini akan mengeratkan hubingan korang kerana ada mempunyai aktiviti yang dapat dilakukan bersama-sama .

Wajib Tahu !!


Ellow korang . . hye .. korang sihat ta hari nie ??
Da makan ke belom ney??
hehe .. banyak tanye pulak Mimie nie kan .. eh korang .. Mimie nak tanye something nie .. 
korang pernah bercinta ta??
haaa .. mesti pernah kan .. 
ta mungkin lah kalau korang cakap korang ta pernah bercinta .. 
best ke bercinta ney??
ape yang best sangat ek?? 
bercinta pom bercinta jugak ..
tapi korang tau ke adab bercinta ney ..
bagi yang tengah dilamun cinta toh ..korang kene tau adab-2 bercinta ney ..
jangan bercinta sebab nak hilangkan rase boring je tau ..
haaa ... meh sini Mimie nak bagitahu ape adab nye ketika bercinta ..

 
  
1 . Percaya Pada Hubungan

- hey korang .. korang percaya la kat hubungan korang toh .. kalau korang nak marah-marah   kat pasangan korang pom , korang jangan lah main hentam je marah-marah kat dia .. kesian kat pasangan korang toh .. biarlah sekurang-kurangnya korang kene la ada bukti sebelom korang uat sesuatu uh .. 

2 . Jujur Terhadap Pasangan

- eh korang .. korang jangan pandai bercinta jep .. korang kene lah jujur kat pasangan korang toh .. korang ta ley pape pom kalau ta jujur kat pasangan korang toh .. korang fikir-fikir lah .. kalau korang ta jujur .. tu same je dengan korang uat bazir mase korang jep bercinta dengan dia ..

3 . Jangan Curang

- haa .. yang nie biasenye terjadi kat lelaki ensem atau perempuan cantek lah .. segenlintir je ..bukan semua macam ney ... bagi yang berperangai macam ney .. cuba korang bayangkan .. andailah pasangan korang ney betol-betol sayang kat korang dan setia kat korang .. tapi tibe-tibe je pasangan korang tau yang korang selingkuh dengan dia .. pastu pasangan korang tinggalkan korang .. haa..cube korang fikir ..sape yang rugi .. korang jugak yang rugi sebab korang kehilangan orang yang betol-betol sayangkan kat korang .. 

4 . Jangan Tinggalkan Pasangan Sesuka Hati 

- korang jangan la buat perangai macam ney tau ... ta hujan .. ta ribut .. tibe-tibe korang ajak putus .. korang kene la ada sebab kenapa korang nak tinggalkan pasangan korang ..

5 . Jangan Jatuh Hati Kat Orang Lain ..

- korang jangan la mudah jatuh hati kat lelaki/perempuan lain selain pasangan korang toh .. korang kene la lawan perasaan korang .. korang kene la jaga perasaan pasangan korang .. korang jangan fikir korang je yang ada perasaan .. pasangan korang pom ada perasaan .jugak ..

6 . Jangan Cemburu Tak Tentu Pasal

- eh korang .. korang jangan terlalu cemburu kat pasangan korang ... jangan la sampai pasangan korang nak bercakap dengan kawan lelaki pom korang cemburu jugak ..kawan je pon .. bukan skandal .. bukan maksud Mimie korang ta ley cemburu kat pasangan korang .. semestinya boley la kan .. tapi Mimie takot kalau korang terlalu cemburu .. nanti ta pasal-pasal perkara yang korang ta diingini pulak yang akan terjadi . 

7 . Setia Giler

- yang ney korang wajib buat .. pandai bercinta .. pandai la korang setia tau .. jangan duk berangan nak main kayu tiga lak .. ta best pom curang-curang ney  ..uat rugi korang je simpan skandal ramai-ramai .

8 . Selalu Romantik Dengan Pasangan

- korang mesti romantik tau dengan pasangan korang .. kalau ta reti .. kene haruslan belajar .. jangan tunggu pasangan korang rase boring dengan korang ..  korang kene la pandai bermain dengan ayat-yat jiwang ney tau .. biar pasangan korang rase hepy bila baca ayat korang yang romantik uh ..





 

Hey korang .. Mimi ada benda yang nak Mimi cite kat korang nie .. Cite nie sepatutnya kelmarin lagi Mimi patot kene crita kat korang tapi disebabkan Mimi tade mase nak taip blog ney so Mimi cite hari nie je lah .. ape kan?? korang ta kesah pom kan ?? ..

Korang tau ta sekarang ney Mimi da form 3 tau .. sedar ta sedar .. dah nak PMR tau Mimie taun nie.. sumpah .. Mimie belom sedia agi lah nak hadapi semua ney .. eh2 .. trlebih cerita pulk Mimie ney .. Mimi nak cite kat korang .. sekarng Mimie sekolah lam sesi pagi kan.. korang tau ta .. Mimi ta sangka betol la .. macam mimpi je rasa .. hehe.. korang tau ta .. selama stahun di form 2... Mimi dengan kawan-kawan Mimie slalu sangat lari dari cikgu disiplin .. nampak cikgu toh dah macam nampak hantu .. semua mesty larii .. taun nie yang Mimi ta sangka betoll.. taun nie Mimie belajar dengan cikgu toh .. mase first time Mimie tau semua ney .. terkejut Mimie ngan kawan-kawan Mimie dibuatnya .. naseb baek lah Mimi tade pnyakit jantung kan.. kalau ta mesty da masuk hospital nie sebap terkejut sangat bila dapat tau dia yang mengajar subject agama kelas Mimi .. huh!! 

Tapi Mimi rasa selamat lagi sebab Mimi ta penah kene tegur kat cikgu toh sal baju sekolah Mimi yang ketat toh.. Mimie rasa aman lah sikit sebab subjek  agama tade hari selasa dan hari rabu .. korang tau ta nape Mimie cakap Mimie rasa aman .. tu sebab hari selasa dan rabu kene pakai baju pendidikan jasmani atau ko-kurikulum.. al-maklum la kan .. baju pendidikan jasmani Mimi uh ketat la jugak .. tapi korang tau ta .. sekarang kan budak form 3 ada kelas tambahan .. tapi kelmarin la pulak yang ada kelas tambahan subjek agama .. sebelum cikgu toh masuk kelas.. Mimie ngan kawan-kawan Mimie dah agak dah , mesty cikgu ney tgk baju kiteorang .. haaa.. betol sangat2 tekaan Mimi ngan kawan-kawan Mimie..  betol kan apa Mimie cakap .. cikgu toh cek sorang-2 baju uh .. gelisah tau Mimie dibuatnya... Kawan Mimie sowang uh terpaksa kene bukakkan jahitan yang kawan mimie jahit uh .. apa lagi la kan yang terjadi ..kembali besar lah baju toh ..frust giler rse mase toh ..pastu baju Mimi pom turut kene jugk tau .. rase nak maki-2 je cikgu toh .. dah lah baju Mimie pom kene ugak .. cikgu toh cakap kat Mimie .. "geram aku nak koyak baju ney" .. agak-2 la cikgu .. baju ney..baru je saya beli tau ... ta kan nak koyak kot .. ta patot ta patot .. kalau lah dia koyak betol-2 .. akan ku mintak dia ganti baju yang dia dan koyakkan ney .. heee .. :D ..

Tips Memikat Wanita




Biasanya, kebanyakkan lelaki sanggup berbuat apa sahaja untuk menambat hati wanita pujaanya ..

Bagaimanapun, ada yang tidak setuju .. Kata mereka , tidak perlu menunjuk-menunjuk atau bersikap 'pipi tersorong-sorong' untuk menyatakan anda begiti bernilau untuknya ..

Sebenarnya , wanita tidak mengharapkan korang melakarkan nama mereka di langit biri atau menempah iklan untuk menyatakan korang sukakan dirinya .. 

Lelaki hanya perlu melakukan beberapa perkara yang boleh menggembirakan hati wanita .. Untuk menawan hati mereka , lelaki tidak perlu mengada-ngada , sebaliknya , bertindaklah seadanya .. 

Mungkin petua berikut mampu membantu korang menjadi lelaki sempurna di sisi si dia yang sentiasa menganjungi korang .. 

Menepati Janji

Jangan mebuatkan wanita yang ingin keluar bersama korang rasa bosan disebabkan masalah kecil . Cuba elak daripada menyakiti hati wanita kerana korang tidak mematuhi janji .

Jika korang dibiarkan dia tertunggu-tunggu , ini akan menjejaskan suasana pertemuan untuk keluar bersama-sama .

Jadilah Lelaki Yang Penuh Santun


Sebaik sahaja korang sampai dirumahnya , tunjukkan tingkah laku sopan . Elak menunggu dalam kereta dan membunyikan hon kereta sebagai tanpa korang sudah sampai .

Sebaliknya , jemputlah dia di pintu rumah . Jika dia tinggal bersama keluarga , masuk ke dalam rumah dan berjalan beriringan ke kereta .

Tunjukkan korang menghargainya dan amalkan sikap 'perempuan dulu' . Jngan lupa , ucapkan kata pujian mengenai penampilannya .

Ketika bersama wanita , korang perlu pandai menjaga hatinya agar timbul rasa kagum dalam hatinya tehadap korang . Perkara kecil ini mungkin nampak remeh dan sering dilupakan , tetapi yang pasti . wanita amat mengambil berat mengenainya .

Bertemu Keluarga


Lelaki berani harus bersua muka dengan keluarnya . Jika korang sudah berjaya memikat hati seorang wanita , anda harus pandai memikat hati keluarganya . Jika anda boleh memikat hati keluarganya ,pasti hubungan korang berdua akan mendapat restu dan ini akan memudahkan korang ..

Untuk mendapat markah lulus , perlu ingat dua perkara iaitu pikat bapanya dengan kepandaian korang serta pikat emaknya dengan penampilan dan kesantunan ..

Ini bermakna korang perlu bersembang dengan penuh bijak bersama ayahnya , seperti berbual apa saja daripada hal politik kepada hobi berkebun untuk menunjukkan korang ada 'otak' dan pujilah masakan emaknya ..

Tunjukkan Kemampuan


Ramai lelaki menganggap cara untuk memenangi hati wanita adalah melalui wang . Malangnya , wanita tidak menilai lelaki berdasarkan saiz dompetnya . ( Jika ada wanita sedemikian , korang patut elak untuk mendampingi mereka).

Sungguhpun niat hati untuk melayannya bagaikahn puteri , harus tanya diri sendiri , mampukah anda?? Untuk yang tidak mampu tidak perlu berbelanja di luar kemampuan .

Perkara Pokok


Perkara pokok dalam perhubungan - jujur , ringkas dan ikhlas . Jika korang memiliki ketiga-tiga ciri ini tanpa perlu berlakon dan berpura-pura , dia pasti akan jatuh cinta pada korang .. Perlu diingat , jika korang mahu menawan hati perempuan , pastikan korang tidak mengada- ngada berlebihan taw .. 

Tips Memujuk Kekasih Merajuk





 

1st .. 


Entry ini untuk mereka yang sedang berada dalam mood bercinta ..

2nd .. 

Entry ini untuk mereka yang baru nak mengenali cinta .. 

3rd ..

Entry ini hanya untuk mereka yang ingin mengetahui mengenai  dengan cinta ..

haha .  apa kes lah aku nie buat 1st,2nd dan 3rd nie .. huhu .. Mimie rasa cam nak bagi tips je kat mereka-mereka yang sedang angau bercinta nie .. mula - mula Mimie nak tanya la sikit nie .. pernah tak BF/GF korang merajuk dengan korang ?? pernah tak pernah tak ?? bagitahu je lah .. tak usah malu-malu lah nak bagitahu toh ..  yang perempuan toh ok la lagi kalau nak merajuk toh ..  yang lelaki nie .. apa kes merajuk - merajuk nie .. beb .. merajuk-merajuk manje ke merajuk apa?? 

  

Ta ke sah lah GF/BF yang merajok .. Orang kata kalau pasangan kita merajuk,mesti susah nak pujuk .. Betul ke?? Mimie rasa tak susah kot kalau korang tau cara yang tepat nak pujuk seseorang toh .. Cuma korang kena lah pandai bermain kata-kata yang boleh mencuit hati seseorang toh .. Jangan lak bagi ayat yang boleh buat dia makin marah pulk ye .. Bagi yang dah pandai toh okeyh lah .. yang masih kurang toh .. Mimie boleh tolong ajarkan sikit .. Sikit je taw.. Hehe .. Jadi ta jadi tu belakang kira lah .. Yang penting kita cuba dulu kan?? 

So.. bagaimana nak pujuk kekasih/pasangan yang marajuk nieh?? 

Ini caranya..

1 . Belikan pada si dia bunga/cokelat or something yang boleh buat hati dia cair .. Kalau ta silap Mimie , ramai girls yang suka coklat .. betol tak?? Ta payah lah beli coklat yang mahal-mahal .. beli cadbury yang RM4++ tu pom dah ok dah .. pastu korang beli la kad .. jangan kad besar lak .. kad yang kecik je taw.. Dekat kad toh korang tulis pape je yang boleh uat seseorang toh cair .. 

 

Contoh : 

"salam..hye awak .. saya tahu sekarang nie awak still marahkan saya .. saya tahu silap saya dimana .. saya janji dengan awak yang saya tak kan buat lagi macam tu .. saya faham .. sepatutnya sebagai kekasih awak,saya menjaga hati dan perasaan awak .. janji .. pas nie,saya tak kan buat lagi .. janji .. senyum la sikit .. ha.. kan manis tu kalau senyum ..hehe"

2. Cara/tips nie agak susah sikit .. memerlukan kreaviti yang tinggi .. apa yang korang perlu buat sekarang nie adalah membuat satu video maker sepanjang korang bersama .. pandai-pandai lah ye korang edit .. korang kan pakat editting .. hehe .. dah siap edit .. burn dalam CD dan bagi pada dia .. ingat .. kad mesti ada .. tulis macam nie .. bagi yang tak tau nak tulis apa .. hehe 

"hope sangat-sangat awak tengok apa yang ada dalam CD nie .. saya harap, lepas awak tengok awak akan terfikir betapa sayang nya saya pada awak .. awak .. saya tak takut kehilangan awak .. tapi apa yang saya takutkan .. saya kehilangan cinta awak .. cinta awak .. 

Berani jamin la .. kompen dia menangis lepas tengok video editting korang toh .. hati perempuan kalau korang nak tahu senipis kulit bawang je ..hehe

3. Sentiasa sms or call dia .. yang nie mesti korang buat punya .. korban la sikit kredit handfone korang toh .. jangan kedekut sangat .. korang sanggup kehilangan dia atau kredit korang?? Dalam mesej korang tu .. kalau boleh korang jangan lah ungkit benda yang dah berlaku .. 1st .. buang ego yang ada dalam diri korang tu ..  cuba bersikap mengalah dan menjadi seorang yang humble .. pujuk dia dengan kata-kata yang boleh buat dia ceria dan tersenyum .. macam mana nak bagi dia senyum?? alamak bro .. nak kene ajar jugak ke??

                                                           

3 tips cukup?? ke nak lagi .. ?? cuba dulu..jangan gelojoh sangat .. kalau tak menjadi baru boleh bagi killer tips punye .. kompem dia yang pujuk korang pulak ..hahaha .. tapi Mimie berani jamin .. 3 point nak pujuk kekasih nie pasti berjaya.. comfirm .. haha 


10 Cara Ucap "I LOVE YOU"

 

Ellow korang .. Hye .. Korang sihat ke hari nie??

Ehh , Amboi - amboi .. Cepat je korang kalau pasal CINTA-CINTA nie erk ..

Hehe .. best ke BERCINTA nie?? Korang pernah bercinta ke?? Hahh?? pernah erk?? Korang bercinta dengan siapa?? bagitahu lah kat Mimie jugak .. tak bek tau kedekut rahsia ..Hehe .. Berguraw je lah .. Bagi yang sedang bercinta toh .. Boleh la korang hayati apa yang Mimie nak bagitahu korang nie .. 

10 Cara Ucap "I LOVE YOU"

:51:  Album Gambar
Beli sebuah Gambar Album korang , then korang letak gambar geprang dan bopreng kat album gambar ..  Pstu korang letak lah kata-kata indah , menarik perhatian , sweet , yang boleh mencuit hati jiwa seseorang . Kalau diorang tahu mesti diorang segan dah terharu terhadap korang . 

:60:  Bunga ( Jangan BungSekuntuma Taik Ayam Pulak)
Ini khas untuk lelaki-lelaki diluar sana , korang boleh memberi sekuntum bunga untuk buah hati korang .  Kalau nak lebih baik pastikan korang tahu bunga kegemaran buah hati korang . Kalau nak sweet , pergi rumah dia subuh-subuh ..acecee .. bukan subuh lah ,pagi yang indah pun okey la toh .. Letak di depan pintu rumah dia , sebelum dia pergi mana .. tak kira lah samaada bunga tuh mahal ke murah ke.. tapi dihati sidia akan terjadi begitu mahal .. 

:54: Mesej Puzzle
Ini memang menarik juka anda buat okey ..HAHA !! Korang bagi pada sidia mesej yang sebuah mesej yang mencuit hati sidia . Biasanya lelaki yang takkan buat kat perempuan,if perempuan nak buat?? Ohh , saya nak kata korang memang TERBAEKK ..  haha .. Korang bagi kat dia untuk mencantumkan sendiri ..  Korang takkan menyesal lah .. Saya pasti dia akan merasa diri dia amat dihargai .. peace  -_-

:47: Puisi Romantik
Luahan perasaan sayang dan cinta pada si dia , ataupun dengan madah ucapan yang dicipta oleh korang sendiri , pastikan ia mengayat hati seseorang . Korang ! untuk lebih baik , korang boleh larr sembur minyak wangi sikit di kertas tu biar wangi dan membuat si dia akan sentiasa merindui dam mengingati korang ..

:33: Love List
Berikan list kenapa korang suka dan mencintai si dia .  tulis lah dengan perasaan korang yang sejujur dan seikhlas-ikhlas nya . Korang boleh post kepada si dia . Tapi jika nak lebih romantik korang sendiri lah bagi pada si dia .. Jangan malu okey ! Malah dia akan merasa cinta dia akan bertambah untuk korang sahaja . 

:27: Gambar Kesukaan Si Dia
If korang ad ber-snap dengan si dia , dan photo yang korang berdua menyukai , korang boleh framekan gambar tersebut .  Dan jangan lupa untuk  untuk lagi yang terbaik lagi korang boleh menhadiahi kepada si dia . Jika ada seperti hari istimewa atau hari lahir itu adalah cadangan yang baik untuk korang menhadiahkan kepada si pedamba cinta korang tuh ..hehe .. 

:108: Hadiah Buatan Sendiri
Bagi yang berlebihan tu korang boleh buat hadiah itu dengan sendiri . if korang ada kelebihan dalam bidang jahitan . Korang boleh mencipta nama korang berdua di kain yang korang rasa sesuai ataupun korang buat skaf dan hadiahkan kepada yang tercinta . Mesti dia akan berasa seronok dan mereka akan merasa itu kenangan manis bersama korang .. Dan if yang tak tahu bidang jahit menjahit nie korang boleh sediakan card untuk pilihan korang . Buatlah kad itu secantik yang boleh korang cipta dengan penuh rasa cinta dan akhirnya bila dah siap hadiahkan sahaja pada si tercinta . Pasti sidia akan merasa lebih seronok . 

:81: Kongsi Rahsia
Hey . Ini pom boley ! Korang boleh berkongsi pendapat dan citarasa serta rahsia story-mory korang bersama , ini juga untuk mengeratkan silaturahim dan membuatkan korang berdua bertambah rapat . Si dia juga mesti akan mempercayai korang sepenuh jiwa dan raga. hehe .. Dan si dia pasti jamin yang korang benar mencintai si dia .

:74: CD Lagu Favourite
Ehem-ehem .. if ada hari istimewa , hari lahir , hari-hari , bila-bila korang boleh juga menhadiahkan CD lagu yang digemari mereka . Pasti mereka akan merasa suka dengan cadangan itu . Dan mesti diorang akan menhayati lirik-lirik dan membuat teringat kat korang . Apabila diorang akan terpegang CD tersebut pasti rindu diorang akan bertambah kepada korang , kerana hadiah itu dari korang sendiri .. 

:64: Tengok Pawagam Bersama
Pasti ada citarasa tak sama kan?? Kalau pasal movie yang korang tak minat dan si dia pula minat,Mimie rasa korang kene bertolak ansur ..  Okey .. Bila korang dipawagam korang boleh tengok muka si dia  dalam senyap , mybe si dia tidak akan perasan .. Mesti korang tenang je tengok kan .. Okay , bila dah beli tiket wayang toh jangan pula dibuang.. korang simpan je lah buat kenangan manis bersama ..  Nanti korang boleh tengok dan teringat masa lalu korang bersama si dia .. Pasti orang rindu kan masa yang dah lalu atau bersama si dia .. 

Sial Tol Lah !!

 

Hey korang .. Korang nak tau tak apa yang dah terjadi kat mimie hari nie .. Situasi nie dah dua kali dah terjadi kat aku nie .. Ummm ... Sedeyh2 .. Eh2 .. Jangan blaa lagi .. Aku tak habis cite lagi nieh .. Korang nak tau  ke apa dah terjadi kat aku nie?? Kalau tanak tau .. Boleh lah dipersilakan bla dari sini .. Meh lah sini aku nak cite .. 

Korang tau tak pagi tadi masa aku tengah jalan nak gi sekolah dengan kawan aku toh... Aku tengah syox2 dengar cite kawan aku toh.. tibe2 ade lah kereta lah lalu .. So apa lagi aku kene buat .. Semestinye aku kene tepi lah supaya kete toh boleh lalu ..  Ape lah korang nieh ..  tu pom tak tau ke.. Hehe .. :D ..Aku tak sangka lah pulak rupe2nye laki yang duk lam kereta toh perangai macam setan betol lah ... dengan budak sekolah pom nak uat kire ugak ke?? Alahaii.. Apa lah sangat yang budak sekolah ada time nak pergi sekolah toh... bukannye ada barang kemas pom .. bukan ada duit 1 juta pom.. Hadoii laa.. Laen kali nak uat something tu pom ... fikir lah dulu .. Eh2.. Jangan lak fikir gune lutut .. Fikir lag gune otak sikit ..

Korang tau tak apa yang dah uat kat mimie...??? Hah !! tak tau ek?? Kesian kesiann ... Hehe .. Meh sini mimie nak citekan ... Mybe laki toh buta ke apa .. Ada ke patut nak curi beg sekolah mimie ... Haha.. Kelakar la pulak kalau mimie fikir-fikirkan ... Yunk oii ... cube bagitau sikit kat mimie.. Apa la sangat yang ada lam beg budak sekolah eh ... Bagi mimie la kan.. Mimie ase yang paling berharga pun.. Ada barang make-up je dalam beg budak sekolah , bukan duit 1 juta lah ..  Alaa.. maklum la kan.. Dah orang ketagih kan.. Maen hentam je lah nak ambek beg sape pom .. Ta kire budak sekolah atau tak .. Orang macam nie patut pergi buang kat sungai then bagi buaya makan.. bawu padam dengan muka toh !! fuhh !! Nie lah orang zaman sekarang .. semakin membahayakan je lah.. Eeee ..Ta suka lah manusia yang perangai macam setan nieh... 

6 Larangan Bercinta .. BAHAYA !!


Korang-korang??bagi yang perempuan toh .. Comel lah korang hari  ... Bagi yang laki pulak,nampak ensem gito korang hari nie..hehe :D .. Eh2 .. Mimie nak tanya nie .. Korang pernah bercinta tak?? Mesti pernah bercintakan?? Pernah tak?? Pernah tak?? Hah !! Tak pernah?? Tok sah duk menipu lah .. Alahaii ... Cinta monyet pom takkah tak pernah kot .. Masa zaman budak-budak dulu, kita darjah 1, darjah 2 ke .. tak pernah ugak ke?? Tipu lah kalau korang cakap tak pernah .. Jangan menipu taw .. Berdosa hukumnya tue.. hehe :D .. Ok, now .. sekarang dah meningkat dewasa .. mesty ramai kan yang pernah bercinta kan?? Ok .. Yup .. Bercinta memang boleh .. Korang mesti ingat .. Bercinta pun ada larangan jugak tau ... Jangan korang maen hentam je bercinta toh.. Nak tau ape larangannya?? JOMM !!


 

1. Jangan Bercinta Kerana Harta
Sorry to say lah kan .. Tade gunanya hidup dilimpahi dengan harta, tapi tanpa cinta . Harta datang dan pergi setiap saat . 'CINTA' yang sesat dapat diperoleh setiap saat , tapi cinta yang sejati tidak dapat dibeli dengan harta . So , renung-renung la ye ..


2. Jangan Bercinta Kerana Simpati
Rasa tertarik dan simpati terhadap seseorang seringkali disalahertikan sebagai CINTA . Perasaan itu bukan cinta ! Ia boleh berubah dengan beberapa faktor seperti rupa paras , harta , tempat dan keadaan .  Perasaan itu buta , tidak tahan lama , dan tidak tahan diuji . Cinta perlu diuji dalam suka dan duka dengan membuat mata . 


3. Jangan Bercinta Kerana Rupa Sahaja
Kecantikan fizikal memang indah dan mudah saangat menggoda sesiapa sahaja , tetapi  ianya bolh luntur kerana usia  . Oleh itu , apa yang lebih penting ialah kecantikan dalaman seseorang kerana ianya tidak akan luntur selagi nyawa dikandung badan :)

4. Jangan Bercinta Kerana Kepuasan Nafsu
Seks penting dalam perhubungan suami isteri , namun ianya tidaklah boleh dijadikan sebajai tujuan utama mencari pasangan . Seks hanyalah salah satu bahagian dari pernikahan . Orang yang hanya mengejar kenikmatan seks akan kecewa dan terjerat oleh kesusahan yang diciptakannya sendiri :)

5. Jangan Bercinta Kerana Paksaan Keluarga
Seorang anak harus berbakti kepada keluarga, namun, tidak boleh menyerah dalam percintaan , sekiranya korang pasti yang mereka salah dan korang benar . Berdoalah dan memberikan penjelasan kepada mereka bahawa korang tak setuju dengan apa yang telah ditetapkan untuk korang ..


6. Jangan Bercinta Untuk Membalas Jasa
Eh , dah macam cerita Soffiya pulak ! Korang tengok dakk ? Rugi ! haha ~ Ok . Ok . Orang yang telah berbuat baik kena dibalas baik , jangan balas dengan CINTA .Ingat !! Jangan bercinta tanpa pengertian dan keikhlasan . Daripada mengundang derita , lebih baik mengelakkannya . Banyak lagi cara lain yang lebih ikhlas untuk membalas budi dan jangan memaksa diri untuk menerima seseorang yang bukan pilihan kita :)










Binatang Paling Mimie Fobia~~

 






OMG !!!  Binatang pun ada yang fobia . Harus lah . Walaupun Mimie ni seorang Pencinta Kucing , tapi ada jugak binatang yang Mimie fobia-kan . Fuhh .. Mimie yakin korang pun mesti ada jugak binatang yang korang fobia or tak suka or akan melompat-lompat bila melekat dekat badan korang kan ? hehehe .


Ohkeyy . So , apa binatang yang Mimie fobiakan tu ? HEK3 . Binatang yang paaaaling Mimie fobia , lipas ! Oh nooooo . Plis lah . Tambah-tambah lagi lipas yang boleh terbang sambil mengembangkan sayap coklatnya tu . Fuhh . Terbang-terbang , tetiba melekat dekat muka , masuk dalam  baju , tertempek dekat kaki . Ohhooi . Memang Mimie lah orang pertama yang akan terjerit terkinja-kinja tidak kira di mana sahaja dahku berada . wakawakawakawa . Tak dapatt ku bayangkan muka sememeh ku waktu terjadi kejadian tu . Err . :/


Binatang lain ? Haaaa . Apa korang rasa . Dah semestinya cicak . No..No..No.. Bukan Cicakman yang Cakk~Cakk~Cakk tuh ye . Ini cicak yang ditelan oleh Saifuk Apek dalam cerita Cicakman tu lah . wakawakawa . Geli siot . Lembik - lembik gitu . Tetiba masuk dalam baju . Apa korang rasa . Arghhhhh . Bagi perempuan , jerit lah . Apa lagi ? HAHA .



Ini binatang yang terakhir Mimie fobia . Ishk ! Kata orang , hujan turun sebab binatang ni dok nyanyi-nyanyi .Nyanyi dah la ta sedap.. Opss.. Betul ke ? Ntahh . Mimie pun tak tahu . Binatang apa ? Haa . Betul lah tu . Katak ! Euwww . Meh Mimie nak ceritakan pengalaman Mimie bersama katak . HAHA . Ingat lagi dulu-dulu masa darjah 6 . Awal pagi lagi , nak pakai kasut kat luar rumah lah kan . 

Tiba-tiba , masa nak pakai tu . Dalam hati dok kata : 

"Ishk , benda apa lembik-lembik dalam kasut aku ni ?"

Mimie bukak balik kasut sekolah tu .. Then . Maaaaaaa ! Ada kataaaakkkk . !
Nak tahu Mimie buat apa ? Ape lagi la kan.. Terus menjerit la kan .. Sumpah,Mimie paling geli dengan namanya Katak nie .. Eeee  .. Serius , memang geli kot benda lembik-lembik ni . FOBIA !
hahahaa . 


p/s : Korang ada jugak tak binatang yang fobia ? Share lah binatang apa ? Kot pernah ada pengalaman apa-apa ke ? Nak tahu jugak ^_^