JANTUNG HATI

Tips Hilang Jerawat !!

                           
Photobucket
  
Oit korang ..
sehat ke?? sekarng cuti sekolah kan??
amacam??best ta dapat cuti ney??
mesti la best kan .. boleh la kuar dating-2 dengan gf/bf korang kan ..
haa .. korang tahu ke apa yang Mimie nak kongsi dengan korang ney ???
cube teke .. kalau boleh jawab ..
Mimie bagi 10 sen ..
hehe ..
hari nie Mimie nak bagitau camana nak hilangkan jerawat ..
kalau tade jerawat .. 
mesti nampak lebih cantik kan muka uh ..
hehe ..
tips nie Mimi nak tujukan kepada orang yang berminat jep ..
yang ta berminat uh.. sila bela dari sini ..
tips nie khas untuk yang ingin menjaga kehalusan dan kecantikan muka jep ..
tapi malas nak beli-2 produk yang memang kadang-2 tidak memuaskan ..
ta salah kan kalau kita cube cara tradisional kan ..
yang sememangnya mudah siot kan ..
ada banyak cara ..
korang boleh la pilih yang mane-2 korang berminat nak cuba ..

lalalallalala .. cayok - 2 !!


PETUA 1 : Ambil sepotong ubi kayu . Kupas kulitnya . Buang kulitnya . Pastukan bersihkan dan parutkan . Sapukan air perahan pada muka korang yang ada bekas jerawat . Lakukan setiap hati selama seminggu . Insya-Allah .. kesannya amat memuaskan ..

PETUA 2 : Tumbuk beberapa batang kulit kayu manis untuk dijadikan serbuk . Campurkan dengan sedikit air . Pastukan pada bekas jerawat di muka korang toh . Amalkan selama seminggu .

PETUA 3 : Ambil 10 helai daun sireh muda . Bersihkan dan tumbuk sehingga lumat . Muka hendaklah dibersihkan dengan air suam dan sapukan sireh pada muka korang terutama di bahagian bekas jerawat . Biarkan kira-kira setengah jam atau sehingga kering . Cuci muka sehingga bersih dan lapkan biar kering . Amalkan 3 kali seminggu .

PETUA 4 : Selain daripada ulam yang enak dan berkhasiat , pegaga juga boleh digunakan untuk menghilangkan tanda hitam parut jerawat di muka korang . Caranya ialah dengan mengisar daun pegaga dengan bedak sejuk dan air secukupnya . Pupukkan adunan tersebut di tempat tanda hitam parut jerawat di muka korang dan lakukan setiap hari atau setiap malam sebelum korang tidur . Campurkan kisaran pegaga dan bedak sejuk tersebut boleh disimpan di dalam peti sejuk dengan memasukkannya ke dalam botol yang kering .


PETUA 5 : Asahkan lulit kayu manis dan dicampurkan dengan madu lebah . Tempelkan pada muka korang yang berparut pada setiap malam . Esoknya , cucilah dengan air suam .

PETUA 6 : Kisar timun dan tapis airnya . Tampalkan hampas timun pada wajah yang berparut . Biarkan setengah jam . Kemudian cuci dengan air suam .

1 comment:

  1. Hehe , petua yang baik lerrr ~ boleh bgi dgn kwn ni. hihi.
    Jom ke blog Ers --> baca pasal kucing pula ^_^
    http://ersnove.blogspot.com/2012/03/fakta-menarik-mengenai-kucing-kisah.html

    ReplyDelete