JANTUNG HATI

Tips Memikat Wanita




Biasanya, kebanyakkan lelaki sanggup berbuat apa sahaja untuk menambat hati wanita pujaanya ..

Bagaimanapun, ada yang tidak setuju .. Kata mereka , tidak perlu menunjuk-menunjuk atau bersikap 'pipi tersorong-sorong' untuk menyatakan anda begiti bernilau untuknya ..

Sebenarnya , wanita tidak mengharapkan korang melakarkan nama mereka di langit biri atau menempah iklan untuk menyatakan korang sukakan dirinya .. 

Lelaki hanya perlu melakukan beberapa perkara yang boleh menggembirakan hati wanita .. Untuk menawan hati mereka , lelaki tidak perlu mengada-ngada , sebaliknya , bertindaklah seadanya .. 

Mungkin petua berikut mampu membantu korang menjadi lelaki sempurna di sisi si dia yang sentiasa menganjungi korang .. 

Menepati Janji

Jangan mebuatkan wanita yang ingin keluar bersama korang rasa bosan disebabkan masalah kecil . Cuba elak daripada menyakiti hati wanita kerana korang tidak mematuhi janji .

Jika korang dibiarkan dia tertunggu-tunggu , ini akan menjejaskan suasana pertemuan untuk keluar bersama-sama .

Jadilah Lelaki Yang Penuh Santun


Sebaik sahaja korang sampai dirumahnya , tunjukkan tingkah laku sopan . Elak menunggu dalam kereta dan membunyikan hon kereta sebagai tanpa korang sudah sampai .

Sebaliknya , jemputlah dia di pintu rumah . Jika dia tinggal bersama keluarga , masuk ke dalam rumah dan berjalan beriringan ke kereta .

Tunjukkan korang menghargainya dan amalkan sikap 'perempuan dulu' . Jngan lupa , ucapkan kata pujian mengenai penampilannya .

Ketika bersama wanita , korang perlu pandai menjaga hatinya agar timbul rasa kagum dalam hatinya tehadap korang . Perkara kecil ini mungkin nampak remeh dan sering dilupakan , tetapi yang pasti . wanita amat mengambil berat mengenainya .

Bertemu Keluarga


Lelaki berani harus bersua muka dengan keluarnya . Jika korang sudah berjaya memikat hati seorang wanita , anda harus pandai memikat hati keluarganya . Jika anda boleh memikat hati keluarganya ,pasti hubungan korang berdua akan mendapat restu dan ini akan memudahkan korang ..

Untuk mendapat markah lulus , perlu ingat dua perkara iaitu pikat bapanya dengan kepandaian korang serta pikat emaknya dengan penampilan dan kesantunan ..

Ini bermakna korang perlu bersembang dengan penuh bijak bersama ayahnya , seperti berbual apa saja daripada hal politik kepada hobi berkebun untuk menunjukkan korang ada 'otak' dan pujilah masakan emaknya ..

Tunjukkan Kemampuan


Ramai lelaki menganggap cara untuk memenangi hati wanita adalah melalui wang . Malangnya , wanita tidak menilai lelaki berdasarkan saiz dompetnya . ( Jika ada wanita sedemikian , korang patut elak untuk mendampingi mereka).

Sungguhpun niat hati untuk melayannya bagaikahn puteri , harus tanya diri sendiri , mampukah anda?? Untuk yang tidak mampu tidak perlu berbelanja di luar kemampuan .

Perkara Pokok


Perkara pokok dalam perhubungan - jujur , ringkas dan ikhlas . Jika korang memiliki ketiga-tiga ciri ini tanpa perlu berlakon dan berpura-pura , dia pasti akan jatuh cinta pada korang .. Perlu diingat , jika korang mahu menawan hati perempuan , pastikan korang tidak mengada- ngada berlebihan taw .. 

No comments:

Post a Comment